Biar ramai menyangka aku gila
Tidak kurang juga yang mentafsir aku egois hanya
Namun mungkin juga ada mengata aku insan puitis separuh hanya
Tidak mengapa, aku terima itu semua
Namun cinta itu tetap kucari jua
Di dalam diri menyelinap di sebalik gerimis senja
Ketika titis demi titis airmata mengalir juga
Menghias muka yang cekung tidak bermaya
Duhai angin malam dari utara
Lihatlah dan pandanglah ini pencari cinta
Wahai embun dingin dinihari juga
Sejukkanlah kepanasan bahang panas membara
Cinta tetap ku cari juga
Biarpun aku hampir jadi separuh gila
Kutanya pungguk mengapa rindukan purnama
Kutanya sang kumbang mengapa rindukan bunga
Kusangka Qais jadi majnun kerana ingatkan Laila
Kusangka Uda sengsara kerana ingatkan Dara
Sehingga Damak balik ke Pahang jua
Setelah di Kajang Berlipat oleh Pak Malau juga
Terkorbannya Romeo dan Juliet seperti sia-sia
Mungkinkah bahagia sesudah derita
Sesudah kutemui kau duhai cinta?
Separuh puiti? Egois? Separuh gila?
Ah, biarkanlah itu semua
Asalkan aku dapat teruskan jua
Aku tetap mencari cinta…
Komen terbaru