You are currently browsing the monthly archive for Disember, 2006.
Duhai kekasih-kekasihku kalian semua kukasihi
Kalian semua memang kusayangi
Kalian mungkin tidak saling mengenali
Tetapi kerana kalian denganku saling kasih mengasihani
Jadilah kalian saling bersaudara hingga ke hari ini
Wahai kekasih-kekasihku
Inilah kata-kata ku yang palsu
Madah, puisi indahku pun semua begitu
Tapi, ah tidak mengapa semuanya palsu
Kerana kalian semua tetap merinduiku
Biarpun palsu asalkan indah selalu
Dengarlah rayuanku wahai kekasih-kekasihku semua
Bila aku diam tanpa sms, email atau puisi cinta
Bukanlah bererti aku telah putuskan cinta-cinta kita
Tetapi sekadar berhenti sejenak supaya
Kalian semua menjadi rindu padaku setiap masa
Ingatlah sentiasa duhai kekasih-kekasihku yang setia
Sesungguhnya cinta-cinta itu hampir semuanya buta
Kata-kata indah kebanyakannya hanya dusta
Tetapi mengapakah yang itulah yang kalian suka?
Yang indah nampak indah belaka
Yang buruk pun nampak indah juga
Kata-katamu yang menghiris luka
Ku anggap melodi penawar jiwa
Pernah juga kau mungkir janji
Malah itu berlaku berkali-kali
Tapi itu semua kusimpan di hati
Sebegitu syahdu kurasakan di dalam memori
Tetap indah di segenap segi
Bila cinta kita putus juga akhirnya
Biarpun aku merasa derita
Namun lagu rinduku padamu luput tiada
Mekar segar dan indah sepanjang masa
Ada apa pada cinta
Sama ada yang sini atau yang sana
Kedua-dua membawa derita
Nampak indah tetapi fatamorgana cuma?
Ada apa pada cinta
Sekadar hanya konspirasi rasa
Menyelinap dia ke dalam jiwa
Malam atau siang sama sahaja
Resah gelisah setiap masa?
Ada apa pada cinta
Rasa tertipu pun ada juga
Manis itu racun rupanya
Namun yang pahit belum tentu ubatnya?
Ada apa pada cinta
Mungkin tercari-cari lagi agaknya
Namun tiada juga aku berjumpa
Dari pagi hingga ke waktu senja
Habis muda dimamah usia
Adakah bahagia sesudah derita?
Ah, apa ada pada cinta
Mungkinkah berhenti aku mencarinya
Besuk? Minggu depan? Bulan depan? Lusa?
Biarlah si egois terjun dengan labu-labunya
Asal dia terus bahagia di dalam pencariannya?
Biar ramai menyangka aku gila
Tidak kurang juga yang mentafsir aku egois hanya
Namun mungkin juga ada mengata aku insan puitis separuh hanya
Tidak mengapa, aku terima itu semua
Namun cinta itu tetap kucari jua
Di dalam diri menyelinap di sebalik gerimis senja
Ketika titis demi titis airmata mengalir juga
Menghias muka yang cekung tidak bermaya
Duhai angin malam dari utara
Lihatlah dan pandanglah ini pencari cinta
Wahai embun dingin dinihari juga
Sejukkanlah kepanasan bahang panas membara
Cinta tetap ku cari juga
Biarpun aku hampir jadi separuh gila
Kutanya pungguk mengapa rindukan purnama
Kutanya sang kumbang mengapa rindukan bunga
Kusangka Qais jadi majnun kerana ingatkan Laila
Kusangka Uda sengsara kerana ingatkan Dara
Sehingga Damak balik ke Pahang jua
Setelah di Kajang Berlipat oleh Pak Malau juga
Terkorbannya Romeo dan Juliet seperti sia-sia
Mungkinkah bahagia sesudah derita
Sesudah kutemui kau duhai cinta?
Separuh puiti? Egois? Separuh gila?
Ah, biarkanlah itu semua
Asalkan aku dapat teruskan jua
Aku tetap mencari cinta…
Semalam rindu datang lagi
Menerobos, menyelinap ke dalam diri
Setiap liang rongga kesepian dipenuhi
Namun masih juga aku tercari-cari
Di manakah pula cintaku ini?
Semalam hujan turun lagi
Menimpa seluruh tubuhku ini
Setiap liang roma ini dibasahi
Namun yang aku rasai
Hanya kehangatan memori
Bersama sidia sejak dulu lagi
Adakah akan kutemui lagi
Cinta itu yang aku cari-cari?
Semalam mengapa yang kurasai
Hanyalah kesunyian di puncak sepi
Kenangan yang ku genggam ibarat bara api
Bisa membakar hangus segala yang menghalangi
Tetapi kenapa kumasih mencari lagi
Cinta di dalam kesamaran dinihari?
Semalam di pertemuan dua hati
Aku masih tercari-cari cinta sejati
Mustahilkah untuk temuinya sekali lagi
Atau aku harus menunggu seribu tahun lagi?
Adakah kusudah jatuh cinta
Apabila makan tiada kenyang rasanya
Bila kuminum haus masih terasa
Gelap dan terang tiada bezanya?
Adakah kusudah jatuh cinta
Bila setiap detik merinduinya
Rasa kehilangan setiap malam tiba
Terasa lemas bila mentari bercahaya?
Adakah kusudah jatuh cinta
Semalam ditimpa hujan dan basah semuanya
Tetapi masih terasa kehangatan memori bersamanya
Titis-titis hujan yang dingin terasa panas pula?
Adakah kusudah jatuh cinta
Kerana kelmarin semasa menaiki KTM Komuter
Terlepas stesyen kusedari tiada
Kerana teringat seyuman sidia?
Adakah kusudah jatuh cinta
(atau inikah tanda-tanda awal akan jadi gila…)
Sehingga berapa rakaat solat saya pun terlupa
Baru selesai dua atau pun sudah tiga
Hingga terpaksa ke lakukan Sujud Sahwi pula?
Duhai bakal-bakal kekasihku
Ketuklah pintu hatiku
Jika kalian gemarkan kata-kata palsu
Marilah bersama-sama kekasih-kekasihku
Yang sudah sedia ada yang gilakan madah palsuku
Wahai bakal-bakal kekasihku
Mari ke mari akan kubuka pintu
Pintu hatiku ini sedia menerimamu
Marilah bersama-sama bersamaku
Jadilah kalian semua bersaudara dengan kekasih-kekasih lamaku
Jika kalian tidak mengenali antara kalian
Tak usah risau tak usah terkilan
Puisi-puisi indahku memang palsu tidak terkirakan
Lagu-lagu rinduku juga palsu tidak dapat dinafikan
Tidak mengapa jika kalian tidak mengenali antara kalian
Kerana tentulah mudah aku ‘putar-alam’kan, bukan?
Ah, duhai bakal-bakal kekasihku
Sudah kutahu kalian akan terpikat dengan rayuanku
Kalian akan tunduk kepada segala kehendakku
Selagi kalian menyukai yang palsu
Selagi itulah kalian menjadi kekasih-kekasihku.
Duhai kekasih-kekasihku semua
Bila sudah lama berlalu masa
Di antara kalian yang jemu mungkin ada
Namun aku sudah fahami tidak mengapa
Yang mahu berundur silakan jangan berduka
Aku tetap merindui kalian setiap masa
Mengingati kalian setiap malam tiba
Setakat ini jodoh kita apa nak dikata
Kalian pergi aku terpaksa merelakannya
Hanya memori yang kekal buat selamanya.
Di mana ada cinta
Adakah ia urun ke kati dari mata
Atau cinta itu buta
Dan ada di mana-mana?
Duhai kekasih-kekasihku semua
Aku sayang pada kalian semua
Adakah kalian semua sayang padaku juga
Andai sudah begini jadinya
Di manakah ada cinta?
Wahai kekasih-kekasihku
Yang lama dan yang baru
Aku tahu kalian rindu padaku
Sebagaimana kurasakan rindu
Tapi di manakah cinta itu?
Di mana ada cinta
Ke mana sudahnya
Kasih kita rindu kita
Kalian tetap kusayang semuanya
Tapi adakah kalian semua
Masih sayang padaku juga?
Dengarlah wahai kekasih-kekasihku semua
Aku memang sayang kalian sepenuh hatiku jua
Ibarat lautan yang tidak bertepi luasnya
Memang kalian semua yang aku kasih dan cinta
Sesungguhnya duhai kekasih-kekasihku
Kata-kata indahku semuanya palsu
Madah dan puisiku pun juga palsu
Palsu juga lagu-lagu rinduku
Tetapi mengapakah demikian jadinya
Kata-kataku yang palsu juga yang kalian suka
Madah dan puisi palsu yang membuat kalian gembira
Lagu-lagu rinduku yang palsu yang kalian tergila-gila?
Ah, sudah kudengar segala tuduhan
Setiap cercaan dan tohmahan
Aku ini pencinta palsu jalanan
Namun akulah jua yang kekasih-kekasihku gilakan
© alang kelana – 19/12/2006
Ada apa pada cinta
Sama ada yang sini atau yang sana
Kedua-dua membawa derita
Nampak indah tetapi fatamorgana cuma?
Ada apa pada cinta
Sekadar hanya konspirasi rasa
Menyelinap dia ke dalam jiwa
Malam atau siang sama sahaja
Resah gelisah setiap masa?
Ada apa pada cinta
Rasa tertipu pun ada juga
Manis itu racun rupanya
Namun yang pahit belum tentu ubatnya?
Ada apa pada cinta
Mungkin tercari-cari lagi agaknya
Namun tiada juga aku berjumpa
Dari pagi hingga ke waktu senja
Habis muda dimamah usia
Adakah bahagia sesudah derita?
Ah, apa ada pada cinta
Mungkinkah berhenti aku mencarinya
Besuk? Minggu depan? Bulan depan? Lusa?
Biarlah si egois terjun dengan labu-labunya
Asal dia terus bahagia di dalam pencariannya?
© alang kelana – 14/12/2006.
Adakah kusudah jatuh cinta
Apabila makan tiada kenyang rasanya
Bila kuminum haus masih terasa
Gelap dan terang tiada bezanya?
Adakah kusudah jatuh cinta
Bila setiap detik merinduinya
Rasa kehilangan setiap malam tiba
Terasa lemas bila mentari bercahaya?
Adakah kusudah jatuh cinta
Semalam ditimpa hujan dan basah semuanya
Tetapi masih terasa kehangatan memori bersamanya
Titis-titis hujan yang dingin terasa panas pula?
Adakah kusudah jatuh cinta
Kerana kelmarin semasa menaiki KTM Komuter
Terlepas stesyen kusedari tiada
Kerana teringat seyuman sidia?
Adakah kusudah jatuh cinta
(atau inikah tanda-tanda awal akan jadi gila…)
Sehingga berapa rakaat solat saya pun terlupa
Baru selesai dua atau pun sudah tiga
Hingga terpaksa ke lakukan Sujud Sahwi pula?
©alang kelana-11/12/2006
Ada apa dengan cinta
Bukankah penuh ironis ini semua
Cinta indah bila bahagia
Tetapi lebih indah lagi bila derita?
Ada apa dengan cinta
Sekadar hanya mengisi masa
Dengan tangis dan dukalara
Sedikit sekali yang gembira
Namun ia masih dicari sampai bila-bila?
Ada apa dengan cinta
Sehingga tergadai kebebasanmu kerananya
Hancur dan musnah seluruh jiwa raga
Biarpun airmata membasuh luka
Masih lagi engkau berdukacita?
Ada apa dengan cinta
Walaupun berjuta puisi indah terhasil kerananya
Tiada terbilang novel ditulis untuknya
Jiwa terkorban tiada terkira
Adakah berbaloi itu semua?
Ada apa dengan cinta
Sehingga seloka ini juga terhasil untuknya
Menuntut masa dan tumpuan minda
Ah, aduhai saudari dan saudara semua
Ada apa dengan cinta sebenarnya?
©alang kelana – 11/12/2006.
Apa ada pada cinta
Bukankah ia membawa derita
Dan sengsara kepada dua jiwa
Bila cita-cita cinta tiada berjaya?
Duhai teruna dan dara
Wahai duda dan janda
Apa ada pada cinta
Bukankah ia hanya kata-kata dusta
Yang terkandung seribu tipudaya?
Wahai saudara dan saudari
Apa ada pada cinta ini
Bukankah ia suatu konspirasi
Yang membakar jiwa dan menjerat diri?
Oh, tuan yang budiman
Serta puan yang cantik rupawan
Apa ada pada cinta tuan puan
Mampukah ianya mendekatkanmu dengan Tuhan
Atau hanya menambah luka di hati yang rawan?
Apa ada pada cinta
Kalau hanya pahit tiada manisnya
Membuatmu berendam air mata
Menambahkan lagi duka nestapa?
(c) alang kelana – 11/12/2006.




Komen terbaru