Ada apa pada cinta
Sama ada yang sini atau yang sana
Kedua-dua membawa derita
Nampak indah tetapi fatamorgana cuma?
Ada apa pada cinta
Sekadar hanya konspirasi rasa
Menyelinap dia ke dalam jiwa
Malam atau siang sama sahaja
Resah gelisah setiap masa?
Ada apa pada cinta
Rasa tertipu pun ada juga
Manis itu racun rupanya
Namun yang pahit belum tentu ubatnya?
Ada apa pada cinta
Mungkin tercari-cari lagi agaknya
Namun tiada juga aku berjumpa
Dari pagi hingga ke waktu senja
Habis muda dimamah usia
Adakah bahagia sesudah derita?
Ah, apa ada pada cinta
Mungkinkah berhenti aku mencarinya
Besuk? Minggu depan? Bulan depan? Lusa?
Biarlah si egois terjun dengan labu-labunya
Asal dia terus bahagia di dalam pencariannya?




No comments yet
Sumber komen-komen untuk artikel ini